Assalamualaikum and good evening everyoneeee.
Damnnn. I really need a new laptop. Y U NO rosak yet !? Dah 4 tahun kan. =,= Haiyooo. The o button dah tertanggal.
Back to
the topic, have you ever heard about nikah Khitbah? Or nikah gantung? Mesti selalu
dengar kan. Semenjank dua menjak ni aku selalu dengar pasal nikah khitbah ni.
At first, aku tak tahu apa dia nikah khitbah/ nikah gantung ni. LAME la katakan.
Then I started search for it. Oh, now I know apa dia benda ni. Selalu juga
dengar orang cakap nikah khitbah ni lebih baik daripada couple. Yes, it seems
really true. Banyak advantage nikah khitbah ni.
By the
way, kita pergi jauh lagi biar aku terangkan what is nikah khitbah ni. Nikah
khitbah ni some sort of kahwin waktu belajar. Nikah khitbah ni macam tiket
untuk couple tahu tak. Sweet kan. Dia ada majlis pernikahan je. Kenduri or
persandingan tak ada. Boleh je nak buat semua tu tapi banyak article aku baca,
dia tak buat waktu pernikahan tu, dia buat waktu lain. Contoh, sebulan lepas
nikah or tahun depan. Macam tu la.
Zaman sekarang,
couple is normal thing kan. Kalau tak couple tu mesti orang pelik. Like me when
I was 15 or 16 I guess, many people asked me ‘Pernah couple tak?’ then of coz
la aku jawab tak kan. Ada ke patut dia cakap aku tipu. =,= Dia cakap muka aku
ni muka orang pernah couple. At first, memang terasa hati la juga tapi nak buat
macam mana, Malaysian always state the obvious (Harith Iskandar, 2012). Orang couple
sekarang sangat dasyat. Relax je dieorang main pegang sana sini. Bila couple,
dieorang fikir, oh, ok, he’s my boy/ she’s my girl. So, I can do anything to
her/him because tak lama lagi aku akan nikah juga dengan dia. What? Macam that
person kau punya je kan. As long as you not married, please don’t touch your
couple. He/She is belong to his/her parents. Not yours. By the way, dieorang
mengamalkan konsep berkasih saying dalam perhubungan dieorang. Kalau tak belai
or berkasih sayang, I’m not good person and tak boleh jadi suami/isteri yang
soleh/solehah. Seseorang itu kalau nak jadi isteri or suami yang baik, akan
dinilai lepas nikah. Bukan sebelum nikah. Sebelum nikah orang akan tengok
perlakuan you, pemakaian you and many more. Mana pahala dan dosa dah tak tahu
kemana kan. Bila dah biasa berpeganggan tangan or mana-mana, hati dah jadi
gelap, tak takut dengan Allah s.w.t. Tak takut dengan balasan akhirat. So, berhenti
semua tu sebelum hati you menjadi lebih gelap.
Nikah
khitbah ni lah jadi satu jalan penyelesaian untuk mengelakkan zina dan
dosa-dosa. Daripada pilih couple, lebih baik pilih nikah khitbah. More save. No
more maksiat.
This is
what I read from some article about nikah khitbah
Sebelum membuat keputusan kawin gantung ni, terlebih dahulu minta izin ibu bapa dahulu, jangan buat ikut nafsu sahaja, sebab masih banyak lagi tanggungjawab yang belum kita selesaikan terutamanya tanggungjawab sebagai seorang pelajar, tanggungjawab anak kepada ibu bapa yang berharap anak mereka memdapat kejayaan dalam pelajaran dan banyak lagi. Kalau ibu bapa bagi kawin, maka ia tidak menjadi masalah untuk melaksanakan perkahwinan. Redho ibu bapa ini penting sebab di situ ada keberkatannya. Hadis Nabi yang bermaksud :
“Redho Allah itu atas redho kedua ibu bapa”.
Janganlah kita mengecewakan kedua ibu bapa kita kerana cinta dan perkahwinan tanpa redho mereka. Takut-takut hidup kita tak bahagia dan tidak aman, kerana balasan orang yang mengecewakan atau derhaka kepada kedua ibu bapa akan disegerakan balasannya di dunia.
Dalam hal yang lain juga perlu kita perhatikan, seperti tanggungjawab yang akan dipikul oleh orang yang sudah berkahwin, mampukah dia melaksanakan perkara tersebut seperti memberi nafkah, perlindungan, kebahgiaan dan sebagainya. Kalau mampu maka anda layak untuk berkahwin. Haram berkahwin bagi orang yang tidak mampu melaksanakan tanggungjawabnya terhadap isterinya. Boleh lihat di atas tentang hukum-hukum perkahwinan. Firman Allah yang bermaksud :
“Dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara Yang sepatutnya. tidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut kemampuannya. “ (Al-Baqarah : 233)
Kahwin gantung,
mestilah cukup rukun-rukun nikahnya seperti penganting lelaki, penganting
wanita, dua orang saksi, wali, ijab dan qabul. Kalau cukup semua ini, maka
perkahwinan tersebut sah dan bolehlah pihak penganting bersama. Ada adat melayu
kita yang bercanggah dengan syarak seperti penganting yang nikah belum kenduri,
tidak boleh bersama lagi. Sebenarnya perkara ini salah, kerana kenduri itu
adalah sunat sahaja yang wajib itu adalah akad nikah. Tidak perlulah menghalang
pengantin berjumpa atau berdua-duaan, lagipun saat itulah yang paling indah
bagi pasangan pengantin.
Tidak boleh bersama
bagi penganting lelaki yang belum bayar maskahwin kepada isterinya, kerana
maskahwin adalah wajib, jika dia gagal membayarnya, maka dia tidak boleh lagi
bersama dengan isterinya. Kalau boleh jangan berhutang maskahwin sebab dia
tidak mahal. Beza dengan hantaran, kadang-kadang kita dengar hantaran sampai
puluh-puluh ribu. Perkahwinan ini bertujuan untuk mencari keberkatan dan
mencari kebahgiaan, janganlah sampai menyulitkan atau memayahkan pihak
penganting lelaki dengan jumlah yang tinggi sehingga dia terlibat pula dengan
hutang. Penganting lelaki dan perempuan boleh bersama jika wang hantaran belum
dibayar, kerana hantaran adalah sunat. Tentang maskahwin pihak pengantin lelaki
boleh berbincang dengan pengantin perempuan dengan cara yang baik.
Kadang-kadang ada pengantin perempuan yang sanggup berikan duit maskahwin
kepada suaminya untuk kegunaan tertentu seperti belajar, yuran dan sebagainya,
maklumlah pengantin lelaki masih belajar. Ada setengah wanita dia tetapkan
maskahwinnya murah dan ada yang minta Al-Quran sahaja. Apa-apapun berbincanglah
dan selesaikanlah segala kesukaran dengan cara yang baik dan hikmah.
Oh, one
more. Pernah dengar, bila kita suka sama suka, kita dikatakan TUNANG in Islam
kan? Benda tu betul. Tapi kena juga jaga batas pergaulan semua tu. J
wassalam :)