nak dengar lagu !

Tuesday, May 3, 2011

sambungan lagi :)

Tips seterusnya, setelah anda tahu bahawa anda akan rasa gementar jika anda berdiri seperti orang yang gementar, anda perlu tahu bagaimana cara orang yang berkeyakinan tinggi berdiri pula. Maksudnya, anda perlu perhatikan, jika seseorang yang berpengalaman berucap dikhalayak ramai, bagaimana cara beliau berdiri.

Perhatikan, bagaimana rupanya orang yang berkeyakinan tinggi ini berucap. Ini adalah penting. Jika anda tidak boleh bayangkan bagaimana cara ini dilakukan, anda akan hadapi kesukaran untuk melakukannya.

Sama seperti orang belajar menunggang basikal. Jika anda mahu menunggang basikal dengan baik dan hebat, anda perlu tiru cara pergerakan seseorang yang hebat menunggang basikal. Dengan meniru pergerakan mereka, anda boleh tiru mereka.

Apa yang boleh anda lakukan mulai hari ini, mula buka mata anda dan lihat disekeliling anda. Cari peluang melihat orang professional berucap. Perhatikan cara mereka. Anda boleh lihat cara orang berucap di televisyen. Anda boleh lihat�di sekolah. Jika sudah bekerja, anda boleh melihat di tempat kerja atau di tempat anda berkursus.

Semasa memerhatikan mereka berucap, bayangkan anda sedang berucap seperti mereka. Ini sangat penting! Bayangkan yang anda sedang berucap dengan hebat seperti mereka.

Selamat mencuba!

No comments: