nak dengar lagu !

Tuesday, December 27, 2011

malas laa

post bawah ni mesti ramai yang tengok sekilas pandang je kan. trust me. budak sekarang always like that. not all. some. seriously. kalau ak, i also dont want to read long post. it wasting my time. but dont you think that kita ni tak banyak knowledge. lack of knowledge. lagi-lagi bab-bab agama. betul kan? why don't you just give some time to read this entry. not hard kan. tak mati pon. tak dapat sin but you will gain pahala. cerita cartoon, novel, porn and bagai-bagai boleh pula kan. but for islamic, people always give lots of excuse bagai. hey people, mature la sikit babe! you dah besar. nak mati dah, kiamat apatah lagi kan!

Monday, December 26, 2011

KALAU BETUL COUPLE ITU HALAL

try read this, it will give big impact for couples. i copied this post from somewhere. if you want to be a good muslim, do think twice. not only twice but more than twice. be a man, dont approach her, but approach her wali first :) semoga all of you get barakah from Allah s.w.t :)



Sabda Rasulullah s.a.w:
"Hindarilah zina sebab ia menimbulkan enam kesan buruk, tiga di dunia dan tiga di akhirat. Yang di dunia, zina akan menghilangkan kegembiraan, menyebabkan fakir & mengurangi
umur sedangkan keburukan di akhirat nanti, zina menyebabkan pelakunya diazab, dihisab secara ketat dan kekal di neraka."
(Hadis riwayat Baihaqi)

Ikuti diskusi seorang remaja matrikulasi dengan seorang pensyarah dalam mengupas persoalan yang amat releven dengan situasi kita sebagai remaja yang hakikatnya masih mentah,jahil dan perlu dibimbing dalam menghadapi jaringan perangkap dan tipudaya syaitan laknatullah. Semoga risalah ini bermanfaat kepada kita semua


Kami tidak berzina!

Maaf,saya tidak menuduh awak berzina tetapi awak menghampiri zina.


Kami hanya berbual-bual, berbincang, bertanya khabar,minum-minum. Adakah itu menghampiri zina?

Ya,perbuatan ini menjerumus pelakunya ke lembah perzinaan.


Kami dapat mengawal perasaan dan kami tidak berniat ke arah itu.


Hari ini,ya. Besok mungkin kamu kecundang. Kamu dalam bahaya. Jangan bermain dengan bahaya. Iblis dan syaitan akan memerangkap kamu. Sudah banyak tipu daya iblis yang mengena sasaran. Iblis amat berpengalaman dan tipu dayanya amat halus. Ia telah menipu nenek moyang kita yang pertama,Adam dan Hawa. Jangan pula lupa. Siapalah kita berbanding Adam dan Hawa? Ia ada lebih 1001 cara.


Ingat pesanan Rasullullah : Janganlah engkau bersendirian dangan seorang wanita kecuali ketiganya adalah syaitan(Tabrani). Syaitan akan menghembus perasaan berahi,Kita lemah untuk menghadapi tipu daya iblis

Tidak semestinya semua orang bercinta menjurus kepada penzinaan.Ada orang bercinta dalam telefon dan hantar SMS sahaja. Tak pernah bersua muka pun!

Betul. Itu adalah salah satu yang dimaksudkan dengan menghampiri zina. Memang pada awalnya tidak bersua muka, tapi perasaan pasti bergelora. Lambat laun desakan nafsu dan perasaan serta hasutan iblis akan mengheret kepada suatu pertemuan. Pertemuan pertama tidak akan terhenti disitu sahaja. Percayalah, ia akan berlanjutan dan berterusan. Tidakkah itu boleh membawa kepada penzinaan akhirnya?


Takkan nak berbual-bual pun tak boleh? Itupun zina juga ke?

Zina ada bermacam-macam jenis dan peringkatnya,ada zina betul,ada zina tangan( berpegang-pegangan),ada zina mata(melihat kekasihnya dengan perasaan berahi). Melihat auratnya juga zina mata. Zina hati iaitu khayalan berahi dengan kekasih sepertimana yang dinyatakan oleh Rasulullah:

Kedua-dua tangan juga berzina dan zinanya adalah menyentuh. Kedua kakinya juga berzina dan zinanya adalah berjalan (menuju ke tempat pertemuan). Mulut juga berzina dan zinanya ialah ciuman

(Muslim dan Abu Daud)


Sebenarnya jalan dan lorong menuju kepada perzinaan amat banyak. Jangan biarkan diri kita berada atau melalui mana-mana jalan atau lorong yang boleh membawa kepada penzinaan


Duduk berdiskusi pelajaran tak boleh ke? Bincang pelajaran sahaja!

Berdiskusi pelajaran,betul ke?Jangan tipu. Allah tahu apa yang terselit dalam hati hamba-hambanya. Kita belajar nak keberkatan. Kalau cemerlang sekalipun,kalau tak diberkati Allah,kejayaan tidak akan membawa kebahagiaan. Hidup tidak bahagia,akhirat lebihlah lagi. Jangan berselindung disebalik pelajaran yang mulia. Allah suka kepada orang yang berilmu. Jadi belajar hendaklah ikut batas dan ketentuan Allah. Belajar akan jadi ibadat. Adakah berdiskusi macam ini akan ditulis ibadat oleh malaikat Raqib dan Atiq?


Sungguh, bincang pelajaran sahaja kami study group!

Study group…?nampak macam lain macam saja. Manja,senyum memanjang,tak macam gaya berdiskusi. Takkan study group berdua sahaja? Kemana-mana pun berdua. Kalau ye pun,carilah study group ramai-ramai sedikit. Kalau duduk berdua-dua macam ini..betul ke bincang pelajaran? Jangan-jangan sekejap saja bincang pelajaran,yang lain tu banyak masa dihabiskan dengan fantasi cinta!


Tidaklah. Sungguh berbincang pelajaran

Baik sungguh awak berdua. Takkan awak berdua tak perasan apa-apa?Awak kurang sihat ke? Ingat,kita bukan malaikat,tak ada nafsu. Kita manusia. Jangan nafikan fitrah manusia. Kita ada nafsu,ada keinginan. Itulah manusia


Kami sama-sama belajar,study group,saling memberi semangat dan motivasi

Tak adakah kaum sejenis yang boleh dijadikan rakan belajar? Habis sudahkah kaum sejenis yang boleh memberikan motivasi? Jangan hina kaum sejenis. Ingat banyak orang cemerlang yang belajar hanya dengan kaum sejenis. Lebih tenang perasaan,tidak terganggu,dapat berkat dan rahmat pula


Takkanlah tak ada langsung ruang yang dibenarkan dalam Islam untuk bercinta? Adakah Islam membunuh terus naluri cinta?

Naluri adalah sebahagian daripada kesempurnaan kejadian manusia. Naluri ingin memiliki dan suka kalau dimiliki (sense of belonging) adalah fitrah. Kalau naluri tidak wujud pada diri seseorang,tak normal namanya. Islam bukan datang untuk membunuh naluri dan keinginan itu. Tidak!Islam tidak suruh membunuh naluri seperti yang dilakukan oleh para paderi atau sami. Jangan nafikan naluri ini. Jangan berbohong pada diri sendiri. Bukan salah dan berdosa kalau perasaan itu datang tanpa diundang. Itu adalah fitrah. Cuma tundukkan naluri itu untuk patuh pada perintah Allah. Jadilah manusia yang sihat pada nalurinya. Jangan jadi malaikat! kerana Allah ciptakan kita sebagai manusia. Dunia dan segala isinya akan hambar tanpa naluri nafsu.


Tentu ada cinta secara Islam

Cinta secara Islam hanya satu iaitu perkahwinan. Cinta berlaku setelah ijab qabul; cinta lepas kahwin. Itulah cinta sakral dan qudus. Cinta yang bermaruah. Bukan cinta murahan. Inilah kemuliaan agama kita,Islam. Apabila Islam melarang sesuatu perkara,tentulah ia digantikan dengan sesuatu yang lebih baik. Kalau ia melarang cinta antara lelaki dan wanita sebelum kahwin,ia membawa kepada sesuatu sebagai ganti yang lebih baik iaitu perkahwinan.


Sabda Rasulullah saw :

Tidak ada yang lebih patut bagi dua orang yang saling mencintai kecuali nikah

(Ibni Majah)


Cinta adalah maruah manusia. Ia terlalu mulia.


Allah taala berfirman :

“Dan tidak ada dosa kamu meminang wanita-wanita itu dengan sindiran atau kamu menyembunyikan (keinginan mengahwini mereka) dalam hatimu. Allah mengetahui bahawa kamu akan menyebut-nyebut mereka, dalam pada itu janganlah kamu mengadakan janji kawin dengan mereka secara rahsia, kecuali sekadar mengucapkan (kepada mereka) perkataan yang maaruf..”

(Al-Baqarah : 235)


Kalau begitu,cinta semua menghampiri kepada penzinaan?

Ya kalau lelaki dan perempuan bertemu tentu perasaan turut terusik. Kemudian perasaan dilayan. Kemudian teringat,rindu. Kemudian aturkan pertemuan. Kemudian duduk berdua-dua. Kemudian mencari tempat sunyi sedikit. Kemudian berbual panjang sehingga malam gelap. Hubungan makin akrab,dah berani pegang tangan,duduk makin dekat. Kalau tadi macam kawan,sekarang macam pengantin baru. Bukankah mereka semakin hampir dan dekat dengan penzinaan?Penghujung jalan cinta adalah penzinaan dan kesengsaraan. Berapa ramai orang yang bercinta telah sampai kepada daerah penzinaan dan kesengsaraan. Kasihanilah diri dan ibu bapa yang melahirkan kita dalam keadaan putih bersih tanpa noda daripada seekor nyamuk sekalipun!


Masih ramai orang yang bercinta tetapi tetap selamat, tidak sampai berzina. Kami tahan diuji

Allah menciptakan manusia. Dia tahu kekuatan dan kelemahan manusia. Manusia tidak tahan ujian. Oleh itu Allah memerintahkan supaya diri menjauhi perkara yang ditegah. Takut manusia kecundang


Jadi manusia itu tak tahan diuji?

Kita manusia dari keturunan Adam dan Hawa,sejak awal penciptaan manusia,Allah telah mengingatkan manusia bahawa mereka tidak tahan dengan ujian walaupun kecil. Allah takdirkan satu peristiwa untuk iktibar manusia. Allah tegah Adam dan Hawa supaya jangan makan buah Khuldi dalam syurga. Allah tahu kelemahan pada ciptaan manusia. Tak tahan diuji. Oleh itu Allah berpesan pada Adam dan Hawa,jangan hampiri pokok Khuldi.


Firman Allah Taala:

“Wahai Adam!Tinggallah engkau dan isterimu di dalam syurga serta makanlah dari makanannya sepuas-puasnya,apa sahaja yang kamu berdua sukai dan jangan hampiri pokok ini,(Jika kamu menghampirinya) maka akan menjadilah kamu dari orang-orang yang zalim.”

(Al-A’araf : 19)


Tegahan yang sebenarnya adalah memakan buah Khuldi. Tetapi Allah tahu sifat dan kelemahan Adam dan Hawa. Jika menghampiri perkara yang ditegah,takut nanti mereka akan memakannya kerana mereka tidak dapat mengawal diri. Demikianlah dengan zina. Ditegah zina. Maka jalan ke arah penzinaan juga dilarang. Takut apabila berhadapan dengan godaan penzinaan,kedua-duanya kecundang. Cukuplah kita belajar daripada pengalaman nenek moyang kita Adam dan Hawa

Tetapi cinta lepas kawin banyak masalah. Kita tak kenal pasangan kita secara dekat. Bercinta adalah untuk mengenali hati budi pasangan sebelum membuat keputusan sebelum berkahwin.

Boleh percaya dengan perwatakan masa sedang bercinta?Bercinta penuh dengan lakonan yang dibuat-buat dan kepura-puraan. Masing-masing akan berlakon dengan watak yang terbaik. Penyayang,penyabar,pemurah dan pelbagai lagi. Masa bercinta adalah alam lakonan semata-mata. Masa bercinta,merajuk ada yang akan pujuk. Jangan haraplah lepas kawin bila merajuk ada yang memujuk. Banyak orang yang kecewa dan tertipu dengan keperibadian pasangan semasa bercinta. Perangai jauh berbeza. Macam langit dan bumi. Masa bercinta,dia seorang yang amat penyayang,penyabar,sabar tunggu pasangan terlambat berjam-jam. Tapi bila dah kahwin,lewat 5 minit dah kena tengking. Jadi,perwatakan masa bercinta tidak boleh dipercayai. Percintaan adalah suatu kepuraan yang hipokrit.

Percayalah kami bercinta merancang kebahgiaan hidup mati

Bagaimana diharap kebahagiaan jika tidak mendapat redha Allah? Kebahagiaan adalah anugerah Allah kepada hamba-hambanya yang terpilih. Kebahagiaan bukan ciptaan manusia. Manusia hanya merancang kebahagiaan. Allah yang akan menganugerahkannya. Bagaimana mendapat anugerah kebahagiaan itu jika jalan mencapainya tidak diredhai Allah. Kebahagiaan hidup berumah tangga mestilah melalui proses yang betul. Sudah tentu prosesnya bukan cinta sebegini. Allah tidak meredhai percintaan ini. Cinta yang diredhai, cinta selepas kahwin. Bagaimana untuk mendapat keluarga yang bahagia jika langkah memulakannya pun sudah canggung. Bagaimana kesudahannya?


Tanya sikit. Adik angkat,kakak angkat,abang angkat boleh ke? Ganti bercinta.

Semua itu adalah perangkap syaitan. Hakikatnya sama. Cinta yang diberi nafas baru. Kulitnya nampak berlainan, tapi isinya sama. Adik,abang,kakak angkat adalah suatu bentuk tipu daya iblis dan syaitan. Manusia yang terlibat dalam budaya “angkat” ini sebenarnya telah masuk ke dalam perangkap syaitan. Cuma menunggu masa untuk dikorbankan


Jadi seolah-olah orang yang bercinta telah hilang maruah diri?

Mengukur maruah diri bukan ditentukan oleh manusia tetapi oleh pencipta manusia. Sebab ukuran manusia sering berbeza-beza. Orang yang sedang mabuk bercinta mengatakan orang yang bercinta tidak menjejaskan apa-apa maruah dirinya. Manakala bagi orang yang menjaga diri,tidak mahu terlibat dengan cinta sebelum kahwin akan mengatakan orang yang bercinta sudah tidak bermaruah. Cintanya ditumpahkan kepada orang yang belum layak menerima cinta suci. Kalau begitu ukuran maruah atau tidak ditentukan oleh Allah.


Adakah orang yang bercinta hilang maruah?

Antara kemuliaan manusia ialah maruah dirinya. Orang yang bercinta seolah-olahcuba menggadaikan maruahnya kerana mereka sedang menghampiri penzinaan. Manakala orang yang bercinta dan pernah berzina tidak layak berkahwin kecuali dengan orang yang pernah berzina juga. Mereka tidak layak untuk berkahwin dengan orang yang beriman.


Allah Talla berfirman:

“Lelaki yang berzina (lazimnya) tidak ingin berkahwin melainkan dengan perempuan yang berzina atau perempuan musyrik; dan perempuan yang berzina itu pula (lazimnya) tidak ingin berkahwin dengannya melainkan oleh lelaki yang berzina atau lelaki musyrik. Dan perkahwinan yang demikian terlarang kepada orang-orang yang beriman.”

(An-Nur : 3)


Jadi orang yang pernah bercinta juga tidak sesuai untuk berkahwin dengan orang yang tidak pernah bercinta. Tidakkah itu suatu penghinaan dari Tuhan.


Jadi orang yang bercinta hanya layak berkahwin dengan orang yang pernah bercinta juga?

Itulah pasangan yang layak untuk dirinya kerana wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Lelaki yang baik untuk wanita yang baik.

Allah Taala berfirman :

“Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula) ..”

(An-Nur:26)

VISIT THIS LINK =)

http://sil3ntdragon.blogspot.com/2011/02/nur-26.html

Telah tercatat sebaris nama di Luh Mahfuz untukmu. Cuma peribadinya ditentukan oleh ketinggian peribadimu. Jika kau berada di jalan yang diredhai-Nya, InsyaAllah si dia turut berada di jalan yang sama.


Kami telah berjanji untuk sehidup semati

Apa yang ada pada janji cinta? Berapa banyak sudah janji cinta yang musnah? Lelaki, jangan diharap pada janji lelaki. Mereka hanya menunggu peluang keemasan sahaja. Habis madu,sepah dibuang. Pepatah itu diungkap kerana ia sering berulang sehingga menjadi pepatah.


Masihkan ada orang yang tidak bercinta pada zaman ini?

Ya,masih ada orang yang suci dalam debu. Golongan ini sentiasa ada walaupun jumlah mereka kecil. Mereka akan bertemu suatu hari nanti. Mereka ada pasangannya.


Firman Allah:

“Dan orang-orang lelaki yang memelihara kehormatannya serta orang-orang perempuan yang memelihara kehormatannya (yang memelihara dirinya daripada melakukan zina). Allah telah menyediakan bagi mereka semuanya keampunan dan pahala yang besar.”

(Al-Ahzab: 35)


Bagaimana kami?


Kamu masih ada peluang. Bertaubatlah dengan taubat nasuha. Berdoalah serta mohon keampunan dari-Nya. Mohonlah petunjuk dan kekuatan untuk mendapat redha-Nya

Kami ingin mendapat redha Tuhan. Tunjukkan bagaimana taubat nasuha


Taubat yang murni. Taubat yang sebenar-benarnya. Taubat yang memenuhi 3 syarat:

1. Tinggalkan perbuatan maksiat. Putuskan hubungan cinta yang tidak diredhai Allah ini

2. Menyesal. Menginsafi diri atas tindak tanduk hidup yang menjurus diri dalam percintaan

3. Berazam. Bertekad di dalam hati tidak akan bercinta lagi dengan sesiapa kecuali dengan seseorang yang bernama isteri atau suami. Saatnya adalah setelah ijab Kabul

Ya Allah. Hambamu telah tersesat jalan. Ampunilah dosa-dosa hambamu ini. Sesungguhnya engkau Maha Pengampun dan Maha Penerima Taubat. Berilah kekuatan kepadaku untuk menghadapi godaan keremajaan ini. Anugerahkan kepadaku perasaaan benci kepada maksiat. Hiasilah diriku dengan akhlak yang mulia. Ibu dan ayah, anakmu berdosa. Engkau jagaku sedari kecil dengan kasih saying. Mengapa kucurahkan kasihku kepada orang lain. Oh Tuhan, hambamu yang berdosa…

Amin, Ya Rabb. Moga Allah terima taubatmu

Kita berpisah kerana Allah. Kalau ada jodoh tidak kemana.

Ya Allah,bantulah mereka. Kini mereka datang kepintu-Mu mencari redha-Mu. Terimalah taubat mereka.


Sahabatku,

Lupakanlah segala kegundahan dan keresahan.

Teguhkan diri pada Cinta Hakiki Ilahi nescaya cinta si dia yang soleh dan solehah turut kau miliki. Allah loves you more than anyone else. Alhamdulillah ..

Senyumlah pada sinar yang menantimu di hadapan.

Sesungguhnya,Allah takkan pernah menzalimi hamba-hamba-Nya dan memungkiri janji-Nya.

Never lose hope & trust to Allah. Keep on praying, my beloved sohabah J

Allah Taala berfirman :

“Hai orang-orang yang beriman, mintalah pertolongan (kepada Allah) degan sabar dan solat, sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.”

(Al-Baqarah : 153)

Di sini jelas, bahawa pemberian nafsu oleh Allah s.w.t kepada manusia adalah tanda kemuliaan manusia melebihi penciptaan lain tetapi jika manusia tidak dapat menguruskannya sebagaimana yang digariskan Allah, maka martabat kemanusiaan akan jatuh setaraf dengan haiwan bahkan lebih teruk dari haiwan.


Di akhir tulisan ini, saya kira ada baiknya kalau kita merenung

sebab-sebab

kenapa Allah menjanjikan kepada ahli syurga bidadari-bidadari yang tersimpan

di khemah-khemah mereka,
tidak memandang kepada orang lain selain

suami-suami mereka & tak pernah disentuh samada jin atau manusia.

Bukankah kerana Tuhan tahu idaman sebenar orang lelaki.

Orang lelaki memang

mengidamkan isteri yang tidak pernah tercemar perasaannya dengan menaruh

hati kepada sesiapa,
tidak pernah bercakap dengan lelaki & tidak pernah disentuh bahkan dilihat oleh mana-mana lelaki lain

Wallahu'alam

May Allah protect all of us from being astray to the right path, Amiin



"Women should not be the moon which everyone see uncovered,

but women should be the sun which makes eyes bow down before seeing it.."

http://3.bp.blogspot.com/-1GrIlkVMrvw/TjzMNn232tI/AAAAAAAAAJg/S4OE2r-ow64/s320/262788_237476436281201_158670224161823_889367_218310_n.jpg


Peringatan kpd semua lelaki
"Jangan kalian sentuh seseorang wanita walaupun hatinya.''
(Imam As-Syafi'e)

Kepada lelaki,
jangan main sentuh dengan perempuan, tak baik.
Walaupun cuit-cuit di facebook, juga tidak dibenarkan.
Kalau teringin nak sentuh jugak, test dulu sentuh bara api, (baranya, bukan apinya) kalau boleh tahan, ok teruskan ..
Tapi kalau dengan bara api pun tidak tahan,
jangan dicuba-cuba mendekatkan diri ke lembah kebinasaan..

Kepada wanita,
sudah terlalu ramai lelaki yang berilmu & berakhlak tinggi dalam menjaga hubungan sebelumnya,
kecundang di tangan seorang wanita..
wahai wanita,
tahukah kamu siapa kamu?
kamu adalah penentu jatuh bangunnya umat manusia..

Jom MENGISLAHKAN diri : )

The Beauty of Islam


Friday, December 23, 2011

24122011

oh. today is 24th already. got a few days more to reach 2012. and we're going to be 19 years old. oh, cepatnya masa berlalu. pejam celik, pejam celik dah umur 19 kita nanti. then we all graduate. then kerja. then kawin! wohoo. i cant wait for marriage thing because i really want to go my friends wedding, not my mom's friends not my grandpa's friends wedding. but MY FRIENDSS. macam mana lah korang kawin kan. wearing awesome dress, make up, segak dan bergaya. woot woot.


let me take one example. one day, i received an invitation from fadzil *sorry, bro. nama kau tetiba muncul dapan ingatan ak :D* he will be married in 2weeks lagi. then, after 2weeks, i went to kemaman semata-mata nak tengok kawan ak kawin! im willing to travel 3hours journey just wanna meet your wife-to-be. LOL. be proud fadzil :D and the wedding ceremony opss i mean majlis akad nikah berlangsung. fadzil dengan bergaya nya with songkok plus keris di pinggang. cewahhhh. dengan penuh debaran fadzil pon duduk depan imam. his wife-to-be yang sangat cantik ada di belakang. aku ada dekat sebelah wife-to-be dia, sibuk nak mengadakan two ways communication even the ceremony will be started in several minutes. klik, klik, klik, klik. the sounds of cameras. with many flash from the camera makes fadzil more nervous. adrenaline released from adrenal gland. fadzil starts sweating. the girls sibuk-sibuk berborak dekat belakang. with the microphone close to fadzil's mouth, fadzil melafaskan akad nikah. wow! berdebar weh. ok, stop.


memandai je aku buat cerita pasal fazdil. LOL just joking around. no hard feelings k, bro :)ok, we're going 19 so thanks to The Creator because still gives us chances to live in this world. buat baik dengan semua and beribadat lah selalu sementara di dunia ini. jaga hubungan dengan The Creator, manusia, haiwan and alam sekitar :)

Saturday, December 17, 2011

Timeline

myspace, facebook and twitter semua pakai timeline sekarang.


Actually I don’t have any topic to update. But then I’m logging to my facebook, wallah! facebook introduced timeline system. baru tahu harini. KUNO* orang lain semua dah tahu lama dah. Sorry, long time no see my facebook lah. im a LITTLE BIT lazy to open my facebook since I’m using broadband in my college.


back to the story, it seems the timeline system is very famous among social site kan kan? ye la, before this, myspace is the first one using timeline ni, after that followed by twitter and now facebook. hurmm. interesting juga timeline facebook ni. but orang yang tak pandai guna would say "urghhhhh", "bosan ok", "lembab" and all these things. ala, nanti bila ramai yang pakai, you akan terikut nak pakai juga. right? if not, please keep quiet :PP


ok, end. Serious I don’t know what I’m writing about now. I will try to update this blog every week. InsyaAllah. But please gimme a topic to write about. Blank blank. I’m accounting student so I tak power la nak karang-karang bagai. Nak elaborate ayat lagi lah kan. Memang FAIL. HAHA. Ok fine. That’s all for my update this time. So boring kan? I’m sorry sangat-sangat. 2 weeks in a row until 23rd , I’m really busy. So, ni pon online and buka blog terus update without thinking topic apa yang akan di update. Ngeeeh3.

Tuesday, December 13, 2011

perkembangan social site

social site? what is that? *buatbuat tak tahu*


friendster, tagged, myspace, facebook, twitter and what so ever. all thins thing are social site where we can stay connected to friends, family or even enemy. oh maiii :O but all these site are really popular among teenager and adult especially but nowadays it also famous among children around 4 years old and above. really cool right? in the past, we all used to play simple things such as batu seremban, cards, congkak or whatever. we're used to play tradition games right. but now, children love playing playstation, computers online games. soo out of the box! opsss im sorry sebab terlajak buat karangan la pulak. mak aaii -__-


back to the main idea, in the past we used to use friendster right? chit chatting using yahoo messanger. tapi zaman dah makin berubah. after friendster people start to use myspace. and then semua mula bising pasal myspace "apa myspace kau? ak nak add" and masa zaman myspace the famous thing is that kumpul comment banyak-banyak. if they have about thousand of comments, they will be the most famous person in myspace. but then for the past 3 years people start talking about facebook. and this facebook is extremely famous until now. kalau pergi mana-mana mesti orang tanya "kau ada fb? add ak okey" and artis pon selalu tayang their facebook name in tv. add my fb, be my friends in fb, jangan lupa add ak and bla bla bla. demam facebook katakan. as you can see in facebook the most people terkejar-kejar is "like" thing. kalau kita post kat wall and sampai millions of people liking it, and he/she is popular. tapi setakat ni, my friends yang post kat wall about 100++ people like. sampaikan dieorang post "saya nak ke class" and that status was "like" by 30++ people or maybe more. tak faham with the status saya nak ke class. maybe, it seems that the girl/boy rajin kot sebab tu orang like status dia #maybe. but if someone post about religion thing such as islamic issues its hard to get many people "like". why? pelikkan. maybe it was common knowledge, so everybody know it. #apapajelah.


then mula lah perkembangan ke arah twitter, by now tak ramai lagi orang guna twitter. maybe dalam masa perkembangan kot. yeye je ak ni :p by the way, i try to use twitter and it seems intereting more than facebook. in twitter we can talk about many things. nak cakap apa? "nak makan", "nak pergi class", or "nak berak" you can tweet it what ever you want. nobody care. kalau cakap benda-benda macam ni in facebook, for sure ada orang akan post "kau gila?" or "benda tu pon nak post!". am i right? if not please correct me :) kalau twitter pulak, if you have many followers, you are famous babeh! and mula lah orang yang tak kenal kau pon nak follow kau. that's what twitter is all about. *i dont know much about twitter since im new in twitter* but that's all i know about twitter.


and please over view all these things. masa pakai friendster orang cakap myspace is better. but when orang pakai myspace, facebook is da domb! but when people use facebook, orang cakap twitter is heaven!. lepas twitter apa pula agaknya? so, kalau over view, padahal semua ni sama je. cuma orang terikut dengan perkembangan. semua benda social site, that can stay connected to all people. sama je kan function dia. kita je yang leka sangat dengan benda ni sampai lupa agama. sampai lalai. sama juga dengan blog, melalaikan. its okey if we use it untuk sedarkan umat manusia. its better if we use all these social site to make people realise. to add-on more knowledge about agama.


thats all my opinion. tak boleh cakap lebih, takut ada yang tak puas hati pula. :) *peace

Sunday, December 11, 2011

sultan selangor

yeah! its holiday babeh! i do love holidayssssssss, i hope my holiday will extend until next 2 years! *pergi kahwin sana kalau nak cuti lebih* opss sorry. my bad! but seriously, for me holiday is like eating foods non stop with no limit. its fake statement is you cakap cuti is suckkss. pergh!


if you said so, means you pernah rasa cuti spm yang sampai 6 bulan or more right? my cuti spm was only 2weeks! until now, i didn't found a replacement for my cuti spm. nak rasa juga cuti like 6 month unemployed! sumpah best gila kan. i admit it eventhough i didn't fell it. so sad, i hope i can call perdana menteri or whatever and request him something like cuti for 6 month who didn't get cuti panjang for spm. wohoooo! spechless ok if i get that long period of cuti. mesti dapat jumpa kawan bagai time cuti panjang kan. bestnyaaa.


oh! tomorrow opsss i mean today is sultan selangor birthday! lets go ramairamai ke palace celebrate his birthday! woot woot. i hope he will give me a present of a white blackberry bold and a red suzuki swift. but if he refuse to do that insted giving me 100k cash, why not kan. rezeki jangan di tolak okey! cewahhh :) #beranganlah for selangor citizen, happy holiday! take a good rest today, dont go out too often today because i want to go shopping today *afraid of jam* boleh pulak macam itu yee.


oh maii its past 2am already, patut la cakap mengarut lebih. i must go bed now. if not there will a black circle around my eyes! oh maiii.


p/s: okey! penat type guna hp. twitter @aqilahzaini

Monday, November 28, 2011

shhhuhh !

sshhhhhuhhhh ! shhhhuhhh ! semua masuk asrama/ college balik ! cuti awal muharam dah habis. esok masuk class. and there's no reason for you to absent the class except ill or emergency cases. i hope you don't ponteng-ponteng aaaa. if not i will kick ur bu** ! :p


by the way, please jangan ponteng class okey. seriously, kau akan rugi. terlepas apa yang lecturer ajar. then when you wanna ask your friend, they also in the process of learning so they don't know much about what they have learnt.After that, you have to go meet the lecturer to ask about the topic that you missed. Banyak kerja pulak kan? Leceh. Betul tak?


If you are willing to skip the class, then do it. You the one yang rugi sebab tak dapat ilmu, lecturer tak rugi. Because their income are still the same. Then you have to ask your friends and meet the lecturer bagai *if you are willing to do that*. It is your choice. You choose your way to succeed. You the one choose your own future, not your parents, grandparents, bf/gf, siblings or whatever. You grown up now so, think mature. *panjang pulak aku berleter HAHA*


p/s: If he loves you, he won't touch you. note this thing until u're married ;)

Sunday, November 27, 2011

my fault !

hye there, good evening :)

p/s: i will update this blog since my blog dah delete. n i will use this blog to express my feelings opss i mean to update what's going on with ex 3razians onward :)


someone bagi I idea on what the topic for this update, tapi topic tu macam ermm tak banyak idea sangat. sebab I tak tahu perkembangan-perkembangan semua orang. wanna know the topic that the person has been suggesting to me last night? *perlu ke bagitahu? zzzz =='*
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
*tetiba nak buat klimaks*
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
STOP ! penat dah tekan ENTER

tak ada lah sangat. she just give me idea about update pasal COUPLE sekarang OR kisah CINTA bagai ~ tak apa lah. cancel je la. if you want me to write about it. sila lah tekan button 'like' cepat-cepat cari button like dekat mana ! :)


ok, stop mengarut to much. back to the topic.

MY FAULT? my fault? kenapa dengan salah I? ada kaitan kah?


of cos not. I got some inspiration when I went out to damansara this evening. and something happend there. i want to ask you one question. satu cukup lah kan. nak tanya banyak-banyak macam I ni bank soalan je kannn.


DO YOU LIKE TO BE BLAME WHEN THAT WAS NOT YOUR FAULT?


woot woot. amik kau ! cepat jawab cepat jawab. i think majority will say NO right? am I right? but kalau ada yang cakap YES errrr - NO COMMENT ! yang jawab NO, do gimme 5 ! HAHA * tak pasal a.k.a DOP pasal* ngeh3


apa perasaan korang if korang yang akan dipersalahkan? adalah korang akan menegakkan kebenaran? or korang akan biarkan? for me, seriously i will menegakkan kebenaranya ! who want to be blame kan kalau that was not his/her fault. rasa nak scold je orang tu sampai die KALAH !


contoh situation (parking kereta di sebuah supermarket):
ali berjalan dengan adik dia dan maknya ke supermarket. adiknya mengamuk kerana maknya tidak membenarkan adiknya beli game sedangkan ditangan adiknya dah ada psp untuk install game kegemarannya * orang zaman sekarang main game je. kita dulu main pemadam* emaknya, adinya~~~ baik bagi nama. senang. tak ada nya nya nyah bagai. emak: Pn Zila adik: boboy. continue; then boboy pon apa lagi, mengamuk la kan. Pn Zila berlalu pergi tanpa menghiraukan boboy mengamuk kerana beliau tahu ali ada disamping boboy untuk memujuk boboy.


*dushhhhh (bunyi kaca pecah) sorry tak pandai nak buat bunyi barang pecah*


Pn Zila pon menoleh kebelakang and Ya Allah ! psp jatuh ke atas jalan tar yang keras itu. Dengan perasaan marahnya Pn Zila memarahi ali kerana merosakkan psp tersebut. ali pon keep denying because that was not his fault tetapi Pn Zila didn't care what ali want to explain. Pn Zila tak tahu bahawa psp tersebut dilempar oleh boboy kerana perasaan marahnya. Boboy pon stop merajuk and tersenyum sinis. Pn Zila terus menarik boboy dan masuk ke pintu masuk supermarket itu. ali mengekori dari belakang dengan muka :l .

THE END. jadi tak jadi tak cerita ni? :P


apa perasaan korang if korang jadi ali? PSP beb ! then adik kita lempar atas jalan. dah la PSP tu the most precious things yang kita dapat dari parents atas kejayaan kita beberapa tahun lalu and adik kita lempar sesuka hati je atas jalan. WEHH ATAS JALAN TU WEHHHH. GILA KE APA ! kalau pecah berderai macam mana? hilang macam tu je benda yang kita sayang. then kita pulak yang dipersalahkan atas kejadian itu ! rasa geram sangat-sangat kan?


tapi tak boleh juga terus defense depan parents. nampak rude pulak. biarkan je lah. hanya TUHAN yang tahu kebenarannya :)


apa pendapat korang? will you all stay to defense the truth or just let it be?

Friday, November 25, 2011

awal muharam :)

selamat menyambut awal muharam for muslems :).


since this blog dah lama gilak tak update, i volunteer untuk update this blog. ak pon tak nak blog ni terkubur macam 2 je. sayang. coz dah almost 4 years this blog exist kan.


dah hampir ends of 2011, means that everyone dah masuk university and form 6. now, 3razians have been spreading through all over malaysia ! ngehngehngeh. first, i admit that i don't have any idea what i wanna talk about. but i will try my best to mengarut for this update.


you all know that our friend, AIMA NABILA dah sambung belajar to Cairo, somewhere in Egypt. *google it if you want to know where it is located* sampai sekarang, i just tahu aima je yang ke foreign country. if there's also anybody else, do inform me. no hard feelings okey if i don't mention your name here. maklum la, i ni KATAK DI BAWAH TEMPURUNG. not up-to-date. weee~


Now, semua dah masuk semester baru. And I hope that your last semester’s result did satisfy you. Be happy with what you got. Don’t regret it just try to improve more from semester to semester. I know you can do it ! razians boleh ! *tetiba*


Oh. Lupa, about awal muharam ni. Jangan lupa untuk berdoa for akhir tahun nanti. Bila dah nak masuk magrib cepat-cepat doa. Semoga Allah mengampunkan dosa kita throughout this years. And after magrib, like usual, pray for the New Year. Azam baru bagai. Try to minimize dosa daripada tahun lepas. Hope you do it. because peluang ni hanya datang just once a year. Rugi if ade Muslims yg terlepas. SUMPAH sangat rugi. So, don’t miss this precious time  be alert Muslims !!


p/s : do forgive me if there's any grammar or tatabahasa error :) just for fun ;p

Thursday, May 12, 2011

header??

ok. sekarang ini blog ini tak ada header. hehe. okfinneeeee.. im not good at making header. but can someone please make a header for this blog?
at least nampak lah menarik sikit kan.
tak adalah kosong semacam macam tin kosong kan/

kalau sesiapa yang dah tolongkan buat header please email me at aqilahzaini@yahoo.com

thnkz sebab bagi kerjasama
luv u <3

Tuesday, May 3, 2011

sambungan lagi :)

Tips seterusnya, setelah anda tahu bahawa anda akan rasa gementar jika anda berdiri seperti orang yang gementar, anda perlu tahu bagaimana cara orang yang berkeyakinan tinggi berdiri pula. Maksudnya, anda perlu perhatikan, jika seseorang yang berpengalaman berucap dikhalayak ramai, bagaimana cara beliau berdiri.

Perhatikan, bagaimana rupanya orang yang berkeyakinan tinggi ini berucap. Ini adalah penting. Jika anda tidak boleh bayangkan bagaimana cara ini dilakukan, anda akan hadapi kesukaran untuk melakukannya.

Sama seperti orang belajar menunggang basikal. Jika anda mahu menunggang basikal dengan baik dan hebat, anda perlu tiru cara pergerakan seseorang yang hebat menunggang basikal. Dengan meniru pergerakan mereka, anda boleh tiru mereka.

Apa yang boleh anda lakukan mulai hari ini, mula buka mata anda dan lihat disekeliling anda. Cari peluang melihat orang professional berucap. Perhatikan cara mereka. Anda boleh lihat cara orang berucap di televisyen. Anda boleh lihat�di sekolah. Jika sudah bekerja, anda boleh melihat di tempat kerja atau di tempat anda berkursus.

Semasa memerhatikan mereka berucap, bayangkan anda sedang berucap seperti mereka. Ini sangat penting! Bayangkan yang anda sedang berucap dengan hebat seperti mereka.

Selamat mencuba!

sambunagan...

Anda sudah lakukan latihan semalam?? Jika belum, anda mungkin akan hadapi kesukaran untuk memahami apa yang akan dibincangkan dalam beberapa hari ini. jadi, lakukan latihan itu dahulu sebelum anda mulakan.

Setelah anda berdiri dan bayangkan yang anda sedang berdiri di depan khalayak ramai, dapatkah anda rasa debaran dan rasa gementar dalam diri anda. Terus terang, walaupun saya sudah banyak kali membuat program di depan khalayak ramai, saya masih merasa gementar setiap kali saya mahu memulakan sesuatu program atau setiap kali saya mahu mula bercakap.

Sebenarnya, rasa gementar itu adalah normal. Anda akan rasa walaupun anda sudah berpengalaman. Apa yang membezakan seseorang yang berpengalaman atau tidak ialah, seseorang yang berpengalaman tahu bagaimana mahu mengawal dan menggunakan rasa gementar itu untuk menjadi hebat semasa bercakap.

Soalan saya lagi, adakah anda sedar bagaimana cara anda berdiri semasa anda merasa gementar? Lakukan latihan semalam sekali lagi. Apabila anda sudah dapat bayangkan situasi semalam dan mula merasa gementar, buka mata dan lihat cara anda berdiri. Lihat memek muka anda. Lihat kedudukan bahu anda juga. Anda akan lihat bagaimana cara�seseorang yang merasa gementar berdiri.

Ini adalah pengajaran yang penting. Oleh kerana anda berdiri seperti seseorang yang sedang merasa gementar, anda pasti merasa gementar dan takut. Jadi, pengajaran pertama untuk bercakap dengan yakin di depan orang ramai, anda perlu berdiri seperti orang yang merasa benar-benar yakin. Juga, jangan berdiri seperti orang yang sedang berdebar dan gementar.

Tugasan untuk anda hari ini, lihat kawan-kawan anda atau sesiapa sahaja sedang berucap. Bolehkah anda lihat siapa yang sedang merasa gementar (nervous) semasa berucap di khalayak ramai….? Bolehkah anda kesan sama ada mereka rasa berdebar atau tidak? Bolehkah anda lihat debaran itu semua melalui pergerakan tubuh mereka….? Perhatikan………
hello kawan-kawan. sudah sekian lama tidak update blog. sorry sangat-sangant. updater ni busy lately. im sorry.. :)



utnuk post kali ni. memangdangkan korang semua dah nak masuk university and ada juga yang nak masuk matrik tidak lama lagi. so, nanti mesti ada banyak sangat presentation. so, here i want ot share wit u all macam mana nak cakap depan khalayak ramai........



Di hari cuti begini, adakah anda berminat untuk mengetahui bebarapa tips dan teknik untuk memajukan cara anda berkomunikasi di khalayak ramai? Jika anda berminat, anda berada di tempat yang betul sekarang ini. Saya akan kongsikan beberapa tips dan teknik dalam beberapa hari ini untuk membantu.

Mari kita mulakan dengan pembuka tips ini semua. Saya mahu anda lakukan sesuatu.

Mula-mula, berdiri di depan sebuah cermin yang paling besar di rumah anda. Harapnya, cermin itu anda boleh lihat seluruh tubuh anda, dari hujung rambut hingga hujung kaki. Kemudian, pejamkan mata anda. Tenangkan fikiran, tarik nafas panjang beberapa kali.

Bayangkan, anda sedang berdiri di dalam sebuah dewan, di depan 1200 orang. Semua orang di dewan itu sedang memerhatikan anda. Suasana agak sunyi kerana semua orang sedang menunggu anda sedang bercakap.

Cuba anda sedari, apakah perasaan anda ketika itu? Cuba sedari, adakah anda rasa lutut anda lemah? Adakah anda rasa perut anda memulas? Adakah anda rasa jari anda mula menggeletar?

Anda perlu bayangkan situasi berada di dalam dewan tadi dengan jelas. Jika anda tidak lakukan dengan serius, anda tidak akan tahu apa yang anda rasa, dan anda tidak akan tahu bagaimana cara untuk memajukan diri anda.

Jadi, latihan pertama hari, lakukan aktiviti tadi. Cari cermin besar tadi. Kalau tak ada cermin di rumah, cari di tempat lain seperti di sekolah anda, rumah sahabat anda atau kalau tak jumpa sangat, gunakan tandas awam pun boleh. (Tapi cari tandas awam yang bersih la, nanti konsentrasi terganggu dengan bau busuk pulak…. � )

Thursday, April 7, 2011

congratz to all

hye, sudah lama tidak meng-update blog. sure korang tertunggu-tunggu kan dengan post yang baru. im really really sorry for late posting new entry. really really sorry. :(

and back to our main idea..!

YES ! congratz and hundred and billion and trillion times of congratz to all of the 3razians for spm result. for those who got straight A's , im really proud of you. and those who got all a's but 1 B its okey. TYPING ERROR JE KOT. hahah ! suka hati je :) the 'B' doesn't mean that you life will end there. its okey what, right?


and for yang sesiapa not getting any A's (impossible) and 'lack' of A's its okey also. the SPM is not end of ur LIFE ! your journey still long. very very long way to go. dont ever2 give up. OKEY ?! promise me? promise me that u will never end up like this ! :))

Sunday, March 20, 2011

23032010

tarikh keramat bagi semua candidates spm 2010. gud luck to all of you. be da best among da best. pray to GOD for our strenghtness..

pada tarikh ini semua spm candidates 2010 akan pergi mengambil result mereka and mereka akan mengetahui nasib mereka selepas zaman persekolahan. semoga apa yang mereka inginkan akan dapat dicapai.insyaAllah :)

Thursday, March 10, 2011

dush!!

semua menyepi..
adakah kerana x ramai yg tau bahawa blog ini wujud?

sedih btol..

bile lah?!

bila lah result spm nak keluar?? uhuk2. lama sangat tunggu ni.. tak kan korang tak rase camtu kot? mesti rase cepat lah keluar. tak sanggup dah tunggul. ye lah. duduk rumah pon tak buat ape ape jugak.

Wednesday, March 2, 2011

huhu~

korang tak buka blog ni lagi la tak semangat nak update. huhu~

Tuesday, March 1, 2011

mana korang semua ??




dimana kamu semua menghilang huh???!

Saturday, February 26, 2011

haih!

ingt kan nak jadikan pic ini sebagai header/ tapi tak menjadi . even suka berbelog. tapi still tak pandai nak buat header. sedang belajar :) sila tunjuk ajar ye kawan-kawan

huk.. huk..

batuk sekejap. uhuk. uhuk. erm :)


korang, korang buat ape je sekarang huh? rindu la 3razi.. bile nak buat reunion 3razi?? jom la pergi ipoh lagi. then kite main jual-jual sebab nak kumpul duit. olololo.. sweetnye. sweet sangat kan..kan kan?? kawan-kawan buka la blog kelas ni. sangat bosan bila korang tak buka blog ni.. at least korang cerita la kisah hidup korang sekarang di shout out tu.. nak kongsi macam macam.

kite ni dah lama sangat berpisah. so, tak salah kan if kite kongsi cerita bersama. we always together right?? buka la. buka la blog ini.. please sangat :'(


(sorry la being too emotional. just miss korang a lot! )

korang.. erm.. kan kat sini kite berkongsi cerita. tak kisah siapa pon kan? so, tak salah kalau korang nak buka blog ini and update this blog. at least everyone buka la. kalau nak password and email just minta dengan fatin aqilah or saidah nabihah..just contact je kiteorang. and kalau tak ada contact number aqilah. just post at shout out in my blog : www.qilah-lut.blogspot.com

seriously nak tahu sangat tentang cerita korang sekarang. mane lah tahu kan kalau kalau ade orang yang dah kahwin or whatever :)



please kay :)

Thursday, February 24, 2011

SPM result !

bila sudah jawab soalan SPM mesti la kene tunggu result pulak kan? kan kan? :)
for sure berdebar gile chapter 1 kan. haha. bende biase. like when we at form 3. sweet memories lor :D

macam macam tarikh orang cakap result keluar. tapi tak keluar keluar pon. macam shit je. ade orang cakap buat ape nak berdebar semua ni. bazir mase je. result dah tercatat atas kertas tu. so, macam lakite boleh ubah. u ambil even next year pon it still the same right??

hurmm. speechless about that statement *tutup mulut* but sometimes if think about it again and again. betul juga kan? ermm.. depends pada orang la juga :)

so,ALL THINGS IS IN UR HAND.. you want to 'berdebar' or not, depends :)

but remember God is always with us :)
- solat sunat selalu.
-baca al-quran.
-remember Him always.
:))

free from school !t


yahhhooo!!! ala. paham paham je la kan ape maksud itu. so, now all budak 3 al razi 2008 dah melepasi sijil paling maut a.k.a SPM ! arggh!! rase happy bangat yang teramat sangat kan. ala. rase happy pon tak lame sangat.. dah la 1 month ++ je.. haha. then dah mula bosan kan?? btol tak?? *sengih*

itu sudah biasa dong.. biase lah..manusia..memang cepat bosan dengan something and not being satisfied with anything that they get. so, learn from it. must bersyukur la kan ?? :)

SPM sudah lepas. no uniform. no class. no teachers. no blackboard or whiteboard. no school bags. no, no, and no ! how do you all felt? rase terlepas gile beban kan??? hurm.. terlepas beban pon tak lame juga. just within 5 or 6 month je. kalau yang bernasib baik tu within 3 month je da boleh further study.

hurmm.. ape je ek buat dirumah?? macam macam kan?? sampai tak tahu da nak buat ape ! hahaha. sampai teruk macam tu sekali. hurmm.. ade la juga yang belajar menjahi or so whatever, ade yang ambil driving class, ade yang amik class english. ade yang memanggur. haha. bosan betul kan buat benda yang same untuk berbulan2.

mase skul bukan main lagi nak cuti. X MAO BELAJAR.. tapi bile dapat 'tak mao belajar' time.. nak belajar pula. hahaha. ngarot jer kan.. :D