nak dengar lagu !

Thursday, July 19, 2012

Ahlan Wasahlan ya Ramadhan

Ahlan Wasahlan ya Ramadhan :)


Alhamdulillah, sampai juga Ramadhan untuk kali ini. Tak disangka-sangka, kita sudah 19 tahun menyambut Ramadhan dan setiap Ramadhan ada kenangan manis dan pahit kan. Hehe. Teringat lagi masa kecil-kecil dulu, tiap kali Ramadhan tak fikir nak puasa, tapi fikir tak lama lagi nak raya. Memang fikir nak raya je kan. Puasa tak nak. Dulu pon memang liat nak pergi terawih. Padahal terawih tu lah solat sunat yang terbaik di bulan Ramadhan yang mulia ini.


Memang jenuh nak tunggu Ramadhan menjelang tiba, tapi Ramadhan ini sekejap je akan berlalu pergi. Agak sedih di situ ye. Dalam banyak-banyak bulan dalam Islam, bulan Ramadhan lah paling bermakna, paling beharga. So, jangan lepaskan begitu sahaja. Penuhilah hari-hari di bulan Ramadhan ini dengan beribadah kepada Allah s.w.t. Kalau boleh jangan lah tinggal kan terawih walaupun sehari. Sayang kot kalau tinggal. Yes, I know, bulan puasa ini memang sesak sikit. Aku pon sama. Tapi kalau tak boleh terawih di surau sebab assignment melambak, kita boleh buat terawih sendiri kan? Bukannya makan masa banyak pon. Kalau boleh lah :)


And setiap hari, amalkan membaca al-Quran. Bukan di bulan Ramadhan je kena membaca al-Quran, bulan-bulan lain pon sama. Tapi kan, kalau korang tak khatam lagi Quran tu, apa kata khatam kan dalam bulan Ramadhan. MasyaAllah, banyak pahalanya. Tu yang aku kata, jangan sia-sia kan Ramadhan. Kalau boleh bangun untuk tahajjud, bangun lah tiap hari. Banyak manfaatnya. Kalau korang dan biasakan tiap hari bangun malam, insyaAllah korang akan terbiasa untuk bangun malam untuk hari lain. Ini ayat daripada my lecturer :)




Jadikan Ramadhan ini sebagai titik permulaan untuk korang berubah ke arah yang lebih baik. InsyaAllah, anda boleh dengan izin Allah s.w.t :)


Salam Ramadhan untuk semua Muslems daripada Fatin Aqilah sekeluarga. Mohon maaf atas salah silap selama ini :)

No comments: