Setiap perkara ada gantinya. Setiap perlakuan ada ganjarannya. Setiap kejadian ada hikmah di sebalik kejadiannya.
Tuesday, December 27, 2011
malas laa
Monday, December 26, 2011
KALAU BETUL COUPLE ITU HALAL
|
Kami tidak berzina!
Maaf,saya tidak menuduh awak berzina tetapi awak menghampiri zina.
Kami hanya berbual-bual, berbincang, bertanya khabar,minum-minum. Adakah itu menghampiri zina?
Ya,perbuatan ini menjerumus pelakunya ke lembah perzinaan.
Kami dapat mengawal perasaan dan kami tidak berniat ke arah itu.
Hari ini,ya. Besok mungkin kamu kecundang. Kamu dalam bahaya. Jangan bermain dengan bahaya. Iblis dan syaitan akan memerangkap kamu. Sudah banyak tipu daya iblis yang mengena sasaran. Iblis amat berpengalaman dan tipu dayanya amat halus. Ia telah menipu nenek moyang kita yang pertama,Adam dan Hawa. Jangan pula lupa. Siapalah kita berbanding Adam dan Hawa? Ia ada lebih 1001 cara.
Ingat pesanan Rasullullah : Janganlah engkau bersendirian dangan seorang wanita kecuali ketiganya adalah syaitan(Tabrani). Syaitan akan menghembus perasaan berahi,Kita lemah untuk menghadapi tipu daya iblis
Tidak semestinya semua orang bercinta menjurus kepada penzinaan.Ada orang bercinta dalam telefon dan hantar SMS sahaja. Tak pernah bersua muka pun!
Betul. Itu adalah salah satu yang dimaksudkan dengan menghampiri zina. Memang pada awalnya tidak bersua muka, tapi perasaan pasti bergelora. Lambat laun desakan nafsu dan perasaan serta hasutan iblis akan mengheret kepada suatu pertemuan. Pertemuan pertama tidak akan terhenti disitu sahaja. Percayalah, ia akan berlanjutan dan berterusan. Tidakkah itu boleh membawa kepada penzinaan akhirnya?
Takkan nak berbual-bual pun tak boleh? Itupun zina juga ke?
Zina ada bermacam-macam jenis dan peringkatnya,ada zina betul,ada zina tangan( berpegang-pegangan),ada zina mata(melihat kekasihnya dengan perasaan berahi). Melihat auratnya juga zina mata. Zina hati iaitu khayalan berahi dengan kekasih sepertimana yang dinyatakan oleh Rasulullah:
Kedua-dua tangan juga berzina dan zinanya adalah menyentuh. Kedua kakinya juga berzina dan zinanya adalah berjalan (menuju ke tempat pertemuan). Mulut juga berzina dan zinanya ialah ciuman
(Muslim dan Abu Daud)
Sebenarnya jalan dan lorong menuju kepada perzinaan amat banyak. Jangan biarkan diri kita berada atau melalui mana-mana jalan atau lorong yang boleh membawa kepada penzinaan
Duduk berdiskusi pelajaran tak boleh ke? Bincang pelajaran sahaja!
Berdiskusi pelajaran,betul ke?Jangan tipu. Allah tahu apa yang terselit dalam hati hamba-hambanya. Kita belajar nak keberkatan. Kalau cemerlang sekalipun,kalau tak diberkati Allah,kejayaan tidak akan membawa kebahagiaan. Hidup tidak bahagia,akhirat lebihlah lagi. Jangan berselindung disebalik pelajaran yang mulia. Allah suka kepada orang yang berilmu. Jadi belajar hendaklah ikut batas dan ketentuan Allah. Belajar akan jadi ibadat. Adakah berdiskusi macam ini akan ditulis ibadat oleh malaikat Raqib dan Atiq?
Sungguh, bincang pelajaran sahaja kami study group!
Study group…?nampak macam lain macam saja. Manja,senyum memanjang,tak macam gaya berdiskusi. Takkan study group berdua sahaja? Kemana-mana pun berdua. Kalau ye pun,carilah study group ramai-ramai sedikit. Kalau duduk berdua-dua macam ini..betul ke bincang pelajaran? Jangan-jangan sekejap saja bincang pelajaran,yang lain tu banyak masa dihabiskan dengan fantasi cinta!
Tidaklah. Sungguh berbincang pelajaran
Baik sungguh awak berdua. Takkan awak berdua tak perasan apa-apa?Awak kurang sihat ke? Ingat,kita bukan malaikat,tak ada nafsu. Kita manusia. Jangan nafikan fitrah manusia. Kita ada nafsu,ada keinginan. Itulah manusia
Kami sama-sama belajar,study group,saling memberi semangat dan motivasi
Tak adakah kaum sejenis yang boleh dijadikan rakan belajar? Habis sudahkah kaum sejenis yang boleh memberikan motivasi? Jangan hina kaum sejenis. Ingat banyak orang cemerlang yang belajar hanya dengan kaum sejenis. Lebih tenang perasaan,tidak terganggu,dapat berkat dan rahmat pula
Takkanlah tak ada langsung ruang yang dibenarkan dalam Islam untuk bercinta? Adakah Islam membunuh terus naluri cinta?
Naluri adalah sebahagian daripada kesempurnaan kejadian manusia. Naluri ingin memiliki dan suka kalau dimiliki (sense of belonging) adalah fitrah. Kalau naluri tidak wujud pada diri seseorang,tak normal namanya. Islam bukan datang untuk membunuh naluri dan keinginan itu. Tidak!Islam tidak suruh membunuh naluri seperti yang dilakukan oleh para paderi atau sami. Jangan nafikan naluri ini. Jangan berbohong pada diri sendiri. Bukan salah dan berdosa kalau perasaan itu datang tanpa diundang. Itu adalah fitrah. Cuma tundukkan naluri itu untuk patuh pada perintah Allah. Jadilah manusia yang sihat pada nalurinya. Jangan jadi malaikat! kerana Allah ciptakan kita sebagai manusia. Dunia dan segala isinya akan hambar tanpa naluri nafsu.
Tentu ada cinta secara Islam
Cinta secara Islam hanya satu iaitu perkahwinan. Cinta berlaku setelah ijab qabul; cinta lepas kahwin. Itulah cinta sakral dan qudus. Cinta yang bermaruah. Bukan cinta murahan. Inilah kemuliaan agama kita,Islam. Apabila Islam melarang sesuatu perkara,tentulah ia digantikan dengan sesuatu yang lebih baik. Kalau ia melarang cinta antara lelaki dan wanita sebelum kahwin,ia membawa kepada sesuatu sebagai ganti yang lebih baik iaitu perkahwinan.
Sabda Rasulullah saw :
Tidak ada yang lebih patut bagi dua orang yang saling mencintai kecuali nikah
(Ibni Majah)
Cinta adalah maruah manusia. Ia terlalu mulia.
Allah taala berfirman :
“Dan tidak ada dosa kamu meminang wanita-wanita itu dengan sindiran atau kamu menyembunyikan (keinginan mengahwini mereka) dalam hatimu. Allah mengetahui bahawa kamu akan menyebut-nyebut mereka, dalam pada itu janganlah kamu mengadakan janji kawin dengan mereka secara rahsia, kecuali sekadar mengucapkan (kepada mereka) perkataan yang maaruf..”
(Al-Baqarah : 235)
Kalau begitu,cinta semua menghampiri kepada penzinaan?
Ya kalau lelaki dan perempuan bertemu tentu perasaan turut terusik. Kemudian perasaan dilayan. Kemudian teringat,rindu. Kemudian aturkan pertemuan. Kemudian duduk berdua-dua. Kemudian mencari tempat sunyi sedikit. Kemudian berbual panjang sehingga malam gelap. Hubungan makin akrab,dah berani pegang tangan,duduk makin dekat. Kalau tadi macam kawan,sekarang macam pengantin baru. Bukankah mereka semakin hampir dan dekat dengan penzinaan?Penghujung jalan cinta adalah penzinaan dan kesengsaraan. Berapa ramai orang yang bercinta telah sampai kepada daerah penzinaan dan kesengsaraan. Kasihanilah diri dan ibu bapa yang melahirkan kita dalam keadaan putih bersih tanpa noda daripada seekor nyamuk sekalipun!
Masih ramai orang yang bercinta tetapi tetap selamat, tidak sampai berzina. Kami tahan diuji
Allah menciptakan manusia. Dia tahu kekuatan dan kelemahan manusia. Manusia tidak tahan ujian. Oleh itu Allah memerintahkan supaya diri menjauhi perkara yang ditegah. Takut manusia kecundang
Jadi manusia itu tak tahan diuji?
Kita manusia dari keturunan Adam dan Hawa,sejak awal penciptaan manusia,Allah telah mengingatkan manusia bahawa mereka tidak tahan dengan ujian walaupun kecil. Allah takdirkan satu peristiwa untuk iktibar manusia. Allah tegah Adam dan Hawa supaya jangan makan buah Khuldi dalam syurga. Allah tahu kelemahan pada ciptaan manusia. Tak tahan diuji. Oleh itu Allah berpesan pada Adam dan Hawa,jangan hampiri pokok Khuldi.
Firman Allah Taala:
“Wahai Adam!Tinggallah engkau dan isterimu di dalam syurga serta makanlah dari makanannya sepuas-puasnya,apa sahaja yang kamu berdua sukai dan jangan hampiri pokok ini,(Jika kamu menghampirinya) maka akan menjadilah kamu dari orang-orang yang zalim.”
(Al-A’araf : 19)
Tegahan yang sebenarnya adalah memakan buah Khuldi. Tetapi Allah tahu sifat dan kelemahan Adam dan Hawa. Jika menghampiri perkara yang ditegah,takut nanti mereka akan memakannya kerana mereka tidak dapat mengawal diri. Demikianlah dengan zina. Ditegah zina. Maka jalan ke arah penzinaan juga dilarang. Takut apabila berhadapan dengan godaan penzinaan,kedua-duanya kecundang. Cukuplah kita belajar daripada pengalaman nenek moyang kita Adam dan Hawa
Tetapi cinta lepas kawin banyak masalah. Kita tak kenal pasangan kita secara dekat. Bercinta adalah untuk mengenali hati budi pasangan sebelum membuat keputusan sebelum berkahwin.
Boleh percaya dengan perwatakan masa sedang bercinta?Bercinta penuh dengan lakonan yang dibuat-buat dan kepura-puraan. Masing-masing akan berlakon dengan watak yang terbaik. Penyayang,penyabar,pemurah dan pelbagai lagi. Masa bercinta adalah alam lakonan semata-mata. Masa bercinta,merajuk ada yang akan pujuk. Jangan haraplah lepas kawin bila merajuk ada yang memujuk. Banyak orang yang kecewa dan tertipu dengan keperibadian pasangan semasa bercinta. Perangai jauh berbeza. Macam langit dan bumi. Masa bercinta,dia seorang yang amat penyayang,penyabar,sabar tunggu pasangan terlambat berjam-jam. Tapi bila dah kahwin,lewat 5 minit dah kena tengking. Jadi,perwatakan masa bercinta tidak boleh dipercayai. Percintaan adalah suatu kepuraan yang hipokrit.
Percayalah kami bercinta merancang kebahgiaan hidup mati
Bagaimana diharap kebahagiaan jika tidak mendapat redha Allah? Kebahagiaan adalah anugerah Allah kepada hamba-hambanya yang terpilih. Kebahagiaan bukan ciptaan manusia. Manusia hanya merancang kebahagiaan. Allah yang akan menganugerahkannya. Bagaimana mendapat anugerah kebahagiaan itu jika jalan mencapainya tidak diredhai Allah. Kebahagiaan hidup berumah tangga mestilah melalui proses yang betul. Sudah tentu prosesnya bukan cinta sebegini. Allah tidak meredhai percintaan ini. Cinta yang diredhai, cinta selepas kahwin. Bagaimana untuk mendapat keluarga yang bahagia jika langkah memulakannya pun sudah canggung. Bagaimana kesudahannya?
Tanya sikit. Adik angkat,kakak angkat,abang angkat boleh ke? Ganti bercinta.
Semua itu adalah perangkap syaitan. Hakikatnya sama. Cinta yang diberi nafas baru. Kulitnya nampak berlainan, tapi isinya sama. Adik,abang,kakak angkat adalah suatu bentuk tipu daya iblis dan syaitan. Manusia yang terlibat dalam budaya “angkat” ini sebenarnya telah masuk ke dalam perangkap syaitan. Cuma menunggu masa untuk dikorbankan
Jadi seolah-olah orang yang bercinta telah hilang maruah diri?
Mengukur maruah diri bukan ditentukan oleh manusia tetapi oleh pencipta manusia. Sebab ukuran manusia sering berbeza-beza. Orang yang sedang mabuk bercinta mengatakan orang yang bercinta tidak menjejaskan apa-apa maruah dirinya. Manakala bagi orang yang menjaga diri,tidak mahu terlibat dengan cinta sebelum kahwin akan mengatakan orang yang bercinta sudah tidak bermaruah. Cintanya ditumpahkan kepada orang yang belum layak menerima cinta suci. Kalau begitu ukuran maruah atau tidak ditentukan oleh Allah.
Adakah orang yang bercinta hilang maruah?
Antara kemuliaan manusia ialah maruah dirinya. Orang yang bercinta seolah-olahcuba menggadaikan maruahnya kerana mereka sedang menghampiri penzinaan. Manakala orang yang bercinta dan pernah berzina tidak layak berkahwin kecuali dengan orang yang pernah berzina juga. Mereka tidak layak untuk berkahwin dengan orang yang beriman.
Allah Talla berfirman:
“Lelaki yang berzina (lazimnya) tidak ingin berkahwin melainkan dengan perempuan yang berzina atau perempuan musyrik; dan perempuan yang berzina itu pula (lazimnya) tidak ingin berkahwin dengannya melainkan oleh lelaki yang berzina atau lelaki musyrik. Dan perkahwinan yang demikian terlarang kepada orang-orang yang beriman.”
(An-Nur : 3)
Jadi orang yang pernah bercinta juga tidak sesuai untuk berkahwin dengan orang yang tidak pernah bercinta. Tidakkah itu suatu penghinaan dari Tuhan.
Jadi orang yang bercinta hanya layak berkahwin dengan orang yang pernah bercinta juga?
Itulah pasangan yang layak untuk dirinya kerana wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Lelaki yang baik untuk wanita yang baik.
Allah Taala berfirman :
“Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula) ..”
(An-Nur:26)
VISIT THIS LINK =)
http://sil3ntdragon.blogspot.com/2011/02/nur-26.html
Telah tercatat sebaris nama di Luh Mahfuz untukmu. Cuma peribadinya ditentukan oleh ketinggian peribadimu. Jika kau berada di jalan yang diredhai-Nya, InsyaAllah si dia turut berada di jalan yang sama.
Kami telah berjanji untuk sehidup semati
Apa yang ada pada janji cinta? Berapa banyak sudah janji cinta yang musnah? Lelaki, jangan diharap pada janji lelaki. Mereka hanya menunggu peluang keemasan sahaja. Habis madu,sepah dibuang. Pepatah itu diungkap kerana ia sering berulang sehingga menjadi pepatah.
Masihkan ada orang yang tidak bercinta pada zaman ini?
Ya,masih ada orang yang suci dalam debu. Golongan ini sentiasa ada walaupun jumlah mereka kecil. Mereka akan bertemu suatu hari nanti. Mereka ada pasangannya.
Firman Allah:
“Dan orang-orang lelaki yang memelihara kehormatannya serta orang-orang perempuan yang memelihara kehormatannya (yang memelihara dirinya daripada melakukan zina). Allah telah menyediakan bagi mereka semuanya keampunan dan pahala yang besar.”
(Al-Ahzab: 35)
Bagaimana kami?
Kamu masih ada peluang. Bertaubatlah dengan taubat nasuha. Berdoalah serta mohon keampunan dari-Nya. Mohonlah petunjuk dan kekuatan untuk mendapat redha-Nya
Kami ingin mendapat redha Tuhan. Tunjukkan bagaimana taubat nasuha
Taubat yang murni. Taubat yang sebenar-benarnya. Taubat yang memenuhi 3 syarat:
1. Tinggalkan perbuatan maksiat. Putuskan hubungan cinta yang tidak diredhai Allah ini
2. Menyesal. Menginsafi diri atas tindak tanduk hidup yang menjurus diri dalam percintaan
3. Berazam. Bertekad di dalam hati tidak akan bercinta lagi dengan sesiapa kecuali dengan seseorang yang bernama isteri atau suami. Saatnya adalah setelah ijab Kabul
Ya Allah. Hambamu telah tersesat jalan. Ampunilah dosa-dosa hambamu ini. Sesungguhnya engkau Maha Pengampun dan Maha Penerima Taubat. Berilah kekuatan kepadaku untuk menghadapi godaan keremajaan ini. Anugerahkan kepadaku perasaaan benci kepada maksiat. Hiasilah diriku dengan akhlak yang mulia. Ibu dan ayah, anakmu berdosa. Engkau jagaku sedari kecil dengan kasih saying. Mengapa kucurahkan kasihku kepada orang lain. Oh Tuhan, hambamu yang berdosa…
Amin, Ya Rabb. Moga Allah terima taubatmu
Kita berpisah kerana Allah. Kalau ada jodoh tidak kemana.
Ya Allah,bantulah mereka. Kini mereka datang kepintu-Mu mencari redha-Mu. Terimalah taubat mereka.
Sahabatku,
Lupakanlah segala kegundahan dan keresahan.
Teguhkan diri pada Cinta Hakiki Ilahi nescaya cinta si dia yang soleh dan solehah turut kau miliki. Allah loves you more than anyone else. Alhamdulillah ..
Senyumlah pada sinar yang menantimu di hadapan.
Sesungguhnya,Allah takkan pernah menzalimi hamba-hamba-Nya dan memungkiri janji-Nya.
Never lose hope & trust to Allah. Keep on praying, my beloved sohabah J
Allah Taala berfirman :
“Hai orang-orang yang beriman, mintalah pertolongan (kepada Allah) degan sabar dan solat, sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.”
(Al-Baqarah : 153)
Di sini jelas, bahawa pemberian nafsu oleh Allah s.w.t kepada manusia adalah tanda kemuliaan manusia melebihi penciptaan lain tetapi jika manusia tidak dapat menguruskannya sebagaimana yang digariskan Allah, maka martabat kemanusiaan akan jatuh setaraf dengan haiwan bahkan lebih teruk dari haiwan.
Di akhir tulisan ini, saya kira ada baiknya kalau kita merenung
sebab-sebab
kenapa Allah menjanjikan kepada ahli syurga bidadari-bidadari yang tersimpan
di khemah-khemah mereka,
tidak memandang kepada orang lain selain
suami-suami mereka & tak pernah disentuh samada jin atau manusia.
Bukankah kerana Tuhan tahu idaman sebenar orang lelaki.
Orang lelaki memang
mengidamkan isteri yang tidak pernah tercemar perasaannya dengan menaruh
hati kepada sesiapa,
tidak pernah bercakap dengan lelaki & tidak pernah disentuh bahkan dilihat oleh mana-mana lelaki lain
Wallahu'alam
May Allah protect all of us from being astray to the right path, Amiin
"Women should not be the moon which everyone see uncovered,
but women should be the sun which makes eyes bow down before seeing it.."
|
Friday, December 23, 2011
24122011
let me take one example. one day, i received an invitation from fadzil *sorry, bro. nama kau tetiba muncul dapan ingatan ak :D* he will be married in 2weeks lagi. then, after 2weeks, i went to kemaman semata-mata nak tengok kawan ak kawin! im willing to travel 3hours journey just wanna meet your wife-to-be. LOL. be proud fadzil :D and the wedding ceremony opss i mean majlis akad nikah berlangsung. fadzil dengan bergaya nya with songkok plus keris di pinggang. cewahhhh. dengan penuh debaran fadzil pon duduk depan imam. his wife-to-be yang sangat cantik ada di belakang. aku ada dekat sebelah wife-to-be dia, sibuk nak mengadakan two ways communication even the ceremony will be started in several minutes. klik, klik, klik, klik. the sounds of cameras. with many flash from the camera makes fadzil more nervous. adrenaline released from adrenal gland. fadzil starts sweating. the girls sibuk-sibuk berborak dekat belakang. with the microphone close to fadzil's mouth, fadzil melafaskan akad nikah. wow! berdebar weh. ok, stop.
memandai je aku buat cerita pasal fazdil. LOL just joking around. no hard feelings k, bro :)ok, we're going 19 so thanks to The Creator because still gives us chances to live in this world. buat baik dengan semua and beribadat lah selalu sementara di dunia ini. jaga hubungan dengan The Creator, manusia, haiwan and alam sekitar :)
Saturday, December 17, 2011
Timeline
Actually I don’t have any topic to update. But then I’m logging to my facebook, wallah! facebook introduced timeline system. baru tahu harini. KUNO* orang lain semua dah tahu lama dah. Sorry, long time no see my facebook lah. im a LITTLE BIT lazy to open my facebook since I’m using broadband in my college.
back to the story, it seems the timeline system is very famous among social site kan kan? ye la, before this, myspace is the first one using timeline ni, after that followed by twitter and now facebook. hurmm. interesting juga timeline facebook ni. but orang yang tak pandai guna would say "urghhhhh", "bosan ok", "lembab" and all these things. ala, nanti bila ramai yang pakai, you akan terikut nak pakai juga. right? if not, please keep quiet :PP
ok, end. Serious I don’t know what I’m writing about now. I will try to update this blog every week. InsyaAllah. But please gimme a topic to write about. Blank blank. I’m accounting student so I tak power la nak karang-karang bagai. Nak elaborate ayat lagi lah kan. Memang FAIL. HAHA. Ok fine. That’s all for my update this time. So boring kan? I’m sorry sangat-sangat. 2 weeks in a row until 23rd , I’m really busy. So, ni pon online and buka blog terus update without thinking topic apa yang akan di update. Ngeeeh3.
Tuesday, December 13, 2011
perkembangan social site
friendster, tagged, myspace, facebook, twitter and what so ever. all thins thing are social site where we can stay connected to friends, family or even enemy. oh maiii :O but all these site are really popular among teenager and adult especially but nowadays it also famous among children around 4 years old and above. really cool right? in the past, we all used to play simple things such as batu seremban, cards, congkak or whatever. we're used to play tradition games right. but now, children love playing playstation, computers online games. soo out of the box! opsss im sorry sebab terlajak buat karangan la pulak. mak aaii -__-
back to the main idea, in the past we used to use friendster right? chit chatting using yahoo messanger. tapi zaman dah makin berubah. after friendster people start to use myspace. and then semua mula bising pasal myspace "apa myspace kau? ak nak add" and masa zaman myspace the famous thing is that kumpul comment banyak-banyak. if they have about thousand of comments, they will be the most famous person in myspace. but then for the past 3 years people start talking about facebook. and this facebook is extremely famous until now. kalau pergi mana-mana mesti orang tanya "kau ada fb? add ak okey" and artis pon selalu tayang their facebook name in tv. add my fb, be my friends in fb, jangan lupa add ak and bla bla bla. demam facebook katakan. as you can see in facebook the most people terkejar-kejar is "like" thing. kalau kita post kat wall and sampai millions of people liking it, and he/she is popular. tapi setakat ni, my friends yang post kat wall about 100++ people like. sampaikan dieorang post "saya nak ke class" and that status was "like" by 30++ people or maybe more. tak faham with the status saya nak ke class. maybe, it seems that the girl/boy rajin kot sebab tu orang like status dia #maybe. but if someone post about religion thing such as islamic issues its hard to get many people "like". why? pelikkan. maybe it was common knowledge, so everybody know it. #apapajelah.
then mula lah perkembangan ke arah twitter, by now tak ramai lagi orang guna twitter. maybe dalam masa perkembangan kot. yeye je ak ni :p by the way, i try to use twitter and it seems intereting more than facebook. in twitter we can talk about many things. nak cakap apa? "nak makan", "nak pergi class", or "nak berak" you can tweet it what ever you want. nobody care. kalau cakap benda-benda macam ni in facebook, for sure ada orang akan post "kau gila?" or "benda tu pon nak post!". am i right? if not please correct me :) kalau twitter pulak, if you have many followers, you are famous babeh! and mula lah orang yang tak kenal kau pon nak follow kau. that's what twitter is all about. *i dont know much about twitter since im new in twitter* but that's all i know about twitter.
and please over view all these things. masa pakai friendster orang cakap myspace is better. but when orang pakai myspace, facebook is da domb! but when people use facebook, orang cakap twitter is heaven!. lepas twitter apa pula agaknya? so, kalau over view, padahal semua ni sama je. cuma orang terikut dengan perkembangan. semua benda social site, that can stay connected to all people. sama je kan function dia. kita je yang leka sangat dengan benda ni sampai lupa agama. sampai lalai. sama juga dengan blog, melalaikan. its okey if we use it untuk sedarkan umat manusia. its better if we use all these social site to make people realise. to add-on more knowledge about agama.
thats all my opinion. tak boleh cakap lebih, takut ada yang tak puas hati pula. :) *peace
Sunday, December 11, 2011
sultan selangor
if you said so, means you pernah rasa cuti spm yang sampai 6 bulan or more right? my cuti spm was only 2weeks! until now, i didn't found a replacement for my cuti spm. nak rasa juga cuti like 6 month unemployed! sumpah best gila kan. i admit it eventhough i didn't fell it. so sad, i hope i can call perdana menteri or whatever and request him something like cuti for 6 month who didn't get cuti panjang for spm. wohoooo! spechless ok if i get that long period of cuti. mesti dapat jumpa kawan bagai time cuti panjang kan. bestnyaaa.
oh! tomorrow opsss i mean today is sultan selangor birthday! lets go ramairamai ke palace celebrate his birthday! woot woot. i hope he will give me a present of a white blackberry bold and a red suzuki swift. but if he refuse to do that insted giving me 100k cash, why not kan. rezeki jangan di tolak okey! cewahhh :) #beranganlah for selangor citizen, happy holiday! take a good rest today, dont go out too often today because i want to go shopping today *afraid of jam* boleh pulak macam itu yee.
oh maii its past 2am already, patut la cakap mengarut lebih. i must go bed now. if not there will a black circle around my eyes! oh maiii.
p/s: okey! penat type guna hp. twitter @aqilahzaini
Monday, November 28, 2011
shhhuhh !
by the way, please jangan ponteng class okey. seriously, kau akan rugi. terlepas apa yang lecturer ajar. then when you wanna ask your friend, they also in the process of learning so they don't know much about what they have learnt.After that, you have to go meet the lecturer to ask about the topic that you missed. Banyak kerja pulak kan? Leceh. Betul tak?
If you are willing to skip the class, then do it. You the one yang rugi sebab tak dapat ilmu, lecturer tak rugi. Because their income are still the same. Then you have to ask your friends and meet the lecturer bagai *if you are willing to do that*. It is your choice. You choose your way to succeed. You the one choose your own future, not your parents, grandparents, bf/gf, siblings or whatever. You grown up now so, think mature. *panjang pulak aku berleter HAHA*
p/s: If he loves you, he won't touch you. note this thing until u're married ;)
Sunday, November 27, 2011
my fault !
Friday, November 25, 2011
awal muharam :)
since this blog dah lama gilak tak update, i volunteer untuk update this blog. ak pon tak nak blog ni terkubur macam 2 je. sayang. coz dah almost 4 years this blog exist kan.
dah hampir ends of 2011, means that everyone dah masuk university and form 6. now, 3razians have been spreading through all over malaysia ! ngehngehngeh. first, i admit that i don't have any idea what i wanna talk about. but i will try my best to mengarut for this update.
you all know that our friend, AIMA NABILA dah sambung belajar to Cairo, somewhere in Egypt. *google it if you want to know where it is located* sampai sekarang, i just tahu aima je yang ke foreign country. if there's also anybody else, do inform me. no hard feelings okey if i don't mention your name here. maklum la, i ni KATAK DI BAWAH TEMPURUNG. not up-to-date. weee~
Now, semua dah masuk semester baru. And I hope that your last semester’s result did satisfy you. Be happy with what you got. Don’t regret it just try to improve more from semester to semester. I know you can do it ! razians boleh ! *tetiba*
Oh. Lupa, about awal muharam ni. Jangan lupa untuk berdoa for akhir tahun nanti. Bila dah nak masuk magrib cepat-cepat doa. Semoga Allah mengampunkan dosa kita throughout this years. And after magrib, like usual, pray for the New Year. Azam baru bagai. Try to minimize dosa daripada tahun lepas. Hope you do it. because peluang ni hanya datang just once a year. Rugi if ade Muslims yg terlepas. SUMPAH sangat rugi. So, don’t miss this precious time be alert Muslims !!
p/s : do forgive me if there's any grammar or tatabahasa error :) just for fun ;p
Thursday, May 12, 2011
header??
at least nampak lah menarik sikit kan.
tak adalah kosong semacam macam tin kosong kan/
kalau sesiapa yang dah tolongkan buat header please email me at aqilahzaini@yahoo.com
thnkz sebab bagi kerjasama
luv u <3
Tuesday, May 3, 2011
sambungan lagi :)
Perhatikan, bagaimana rupanya orang yang berkeyakinan tinggi ini berucap. Ini adalah penting. Jika anda tidak boleh bayangkan bagaimana cara ini dilakukan, anda akan hadapi kesukaran untuk melakukannya.
Sama seperti orang belajar menunggang basikal. Jika anda mahu menunggang basikal dengan baik dan hebat, anda perlu tiru cara pergerakan seseorang yang hebat menunggang basikal. Dengan meniru pergerakan mereka, anda boleh tiru mereka.
Apa yang boleh anda lakukan mulai hari ini, mula buka mata anda dan lihat disekeliling anda. Cari peluang melihat orang professional berucap. Perhatikan cara mereka. Anda boleh lihat cara orang berucap di televisyen. Anda boleh lihat�di sekolah. Jika sudah bekerja, anda boleh melihat di tempat kerja atau di tempat anda berkursus.
Semasa memerhatikan mereka berucap, bayangkan anda sedang berucap seperti mereka. Ini sangat penting! Bayangkan yang anda sedang berucap dengan hebat seperti mereka.
Selamat mencuba!
sambunagan...
Setelah anda berdiri dan bayangkan yang anda sedang berdiri di depan khalayak ramai, dapatkah anda rasa debaran dan rasa gementar dalam diri anda. Terus terang, walaupun saya sudah banyak kali membuat program di depan khalayak ramai, saya masih merasa gementar setiap kali saya mahu memulakan sesuatu program atau setiap kali saya mahu mula bercakap.
Sebenarnya, rasa gementar itu adalah normal. Anda akan rasa walaupun anda sudah berpengalaman. Apa yang membezakan seseorang yang berpengalaman atau tidak ialah, seseorang yang berpengalaman tahu bagaimana mahu mengawal dan menggunakan rasa gementar itu untuk menjadi hebat semasa bercakap.
Soalan saya lagi, adakah anda sedar bagaimana cara anda berdiri semasa anda merasa gementar? Lakukan latihan semalam sekali lagi. Apabila anda sudah dapat bayangkan situasi semalam dan mula merasa gementar, buka mata dan lihat cara anda berdiri. Lihat memek muka anda. Lihat kedudukan bahu anda juga. Anda akan lihat bagaimana cara�seseorang yang merasa gementar berdiri.
Ini adalah pengajaran yang penting. Oleh kerana anda berdiri seperti seseorang yang sedang merasa gementar, anda pasti merasa gementar dan takut. Jadi, pengajaran pertama untuk bercakap dengan yakin di depan orang ramai, anda perlu berdiri seperti orang yang merasa benar-benar yakin. Juga, jangan berdiri seperti orang yang sedang berdebar dan gementar.
Tugasan untuk anda hari ini, lihat kawan-kawan anda atau sesiapa sahaja sedang berucap. Bolehkah anda lihat siapa yang sedang merasa gementar (nervous) semasa berucap di khalayak ramai….? Bolehkah anda kesan sama ada mereka rasa berdebar atau tidak? Bolehkah anda lihat debaran itu semua melalui pergerakan tubuh mereka….? Perhatikan………
utnuk post kali ni. memangdangkan korang semua dah nak masuk university and ada juga yang nak masuk matrik tidak lama lagi. so, nanti mesti ada banyak sangat presentation. so, here i want ot share wit u all macam mana nak cakap depan khalayak ramai........
Di hari cuti begini, adakah anda berminat untuk mengetahui bebarapa tips dan teknik untuk memajukan cara anda berkomunikasi di khalayak ramai? Jika anda berminat, anda berada di tempat yang betul sekarang ini. Saya akan kongsikan beberapa tips dan teknik dalam beberapa hari ini untuk membantu.
Mari kita mulakan dengan pembuka tips ini semua. Saya mahu anda lakukan sesuatu.
Mula-mula, berdiri di depan sebuah cermin yang paling besar di rumah anda. Harapnya, cermin itu anda boleh lihat seluruh tubuh anda, dari hujung rambut hingga hujung kaki. Kemudian, pejamkan mata anda. Tenangkan fikiran, tarik nafas panjang beberapa kali.
Bayangkan, anda sedang berdiri di dalam sebuah dewan, di depan 1200 orang. Semua orang di dewan itu sedang memerhatikan anda. Suasana agak sunyi kerana semua orang sedang menunggu anda sedang bercakap.
Cuba anda sedari, apakah perasaan anda ketika itu? Cuba sedari, adakah anda rasa lutut anda lemah? Adakah anda rasa perut anda memulas? Adakah anda rasa jari anda mula menggeletar?
Anda perlu bayangkan situasi berada di dalam dewan tadi dengan jelas. Jika anda tidak lakukan dengan serius, anda tidak akan tahu apa yang anda rasa, dan anda tidak akan tahu bagaimana cara untuk memajukan diri anda.
Jadi, latihan pertama hari, lakukan aktiviti tadi. Cari cermin besar tadi. Kalau tak ada cermin di rumah, cari di tempat lain seperti di sekolah anda, rumah sahabat anda atau kalau tak jumpa sangat, gunakan tandas awam pun boleh. (Tapi cari tandas awam yang bersih la, nanti konsentrasi terganggu dengan bau busuk pulak…. � )
Thursday, April 7, 2011
congratz to all
and back to our main idea..!
YES ! congratz and hundred and billion and trillion times of congratz to all of the 3razians for spm result. for those who got straight A's , im really proud of you. and those who got all a's but 1 B its okey. TYPING ERROR JE KOT. hahah ! suka hati je :) the 'B' doesn't mean that you life will end there. its okey what, right?
and for yang sesiapa not getting any A's (impossible) and 'lack' of A's its okey also. the SPM is not end of ur LIFE ! your journey still long. very very long way to go. dont ever2 give up. OKEY ?! promise me? promise me that u will never end up like this ! :))
Sunday, March 20, 2011
23032010
pada tarikh ini semua spm candidates 2010 akan pergi mengambil result mereka and mereka akan mengetahui nasib mereka selepas zaman persekolahan. semoga apa yang mereka inginkan akan dapat dicapai.insyaAllah :)